Wednesday, January 18, 2012

6 days to go before to be called Mrs./PUAN

entah angin apa yg bertiup malam ni. tetiba rasa nak mencoret something sbg bahan kenangan untuk dibaca pada masa akan datang.

hari ni 18 januari 2012, harik rabu, 3 hari sebelum aku berangkat pulang bersama abang kandungku ke kampung halaman. jujurnya hatiku sudah ada di kampung halaman. tkde hati dah nak pergi hospital esok, nak masuk kelas, nak mengadap muka orang2 di sini.

bukanlah sebenarnya perasaan tu TIDAK SABAR UNTUK MENIKAH. kerana menikah itu sebenarnya cukup mendebarkan aku. maklumla, bercinta selepas kawen...
mmg x sama perasaannya menikahi org yg kita dah bercinta dengannya..

walaupun kami x pernah bercinta, cukuplah aku yakin dengan akhlaknya, dan aku mengagumi kepimpinan yang ada pada dirinya, untuk menjadi pembimbingku dan membawa aku ke syurga. alhamdulillah, aku cukup mengagumi syabab yang bakal menikahiku ini...

walaupun setahuku bakal suamiku tidak menyatakan namaku dalam announcement nya, tp tetap datang ucapan tahniah bertalu talu kepadaku.. pada mulanya aku buat2 taktau, buat2 salah orang dan lain2 tp akhirnya terpaksa mengaku kerana mereka terlalu yakin orangnya adalah aku. mungkin bakal suami ku memberitahu namaku secara personal kepada orang yang bertanya.. mungkin.. tidaklah aku tahu cerita sebenarnya..

jujurnya tanggungjwabku sebagai ketua subgroup dalam posting surgery ni membantu aku untuk tdk memikirkan sangat tentang pernikahanku. dan alhamdulillah, secara automatik ia mmg berlaku.. aku x fikir sangat pun. malah x countdown pun (kawan2 yg tolong count it down hehe) kelakar kan kawan2 saya... even saya x sempat pun nak keluar beli dua perkara lg iaitu inai dan tudung.. makanya inai itu saya order je kat kawan di kampung, mtk tlg dia belikan.. tudung pula, nanti la jumaat ni, nanti dah setel semua kelas... (mcm busy sgt le tu..)

No comments:

Post a Comment