Wednesday, November 16, 2011

a story of today.-->>aku dan masyarakat...



sbnrnya aku pun xtau kenapa dalam banyak2 peristiwa, situasi dan kondisi yg pelbagai dalam masyarakat yg aku jumpa setiap hari, aku pilih kisah hari ini untuk dikongsi. kisah ini kisah biasa, malah ada banyak lg kes yg lebih menyentuh hatiku yg kusaksikan pada patient2ku. mungkin ada sesuatu sbb kenapa ALLAh gerakkan hatiku untuk berkongsi kisah ini..

hari ini, 16 november 2011. aku ke klinik seperti hari sebelumnya. ini hari kedua aku di klinik slps hari yg begitu sibuk semalam. alhamdulillah hari ni pesakit x ramai seperti semalam, tp tetap ramai juga sbnrnya. hari ni pagi aku bertugas bhgn consultation pesakit. so agak free pagi ni. petang aku bertugas di bilik rawatan. tp krn sedikit mslh teknikal, aku setuju untuk tukar jadual dgn my colleague yg ada appointment dgn dr gigi. hajatku ingin gunakan waktu pagi tu untuk buat test HIV untuk persediaan perkahwinanku dengan pilihan hatiku x lama lagi insyaALLAH. tp selepas ditanya pd staf di kaunter, katanya HIV test adalah pd waktu petang. maka xpelah, aku pun menuju ke bilik rawatan.

satu demi satu pesakit masuk mendapatkan rawatan. kebanyakannya adalah pesakit ulser kaki diabetes. pesakit x putus2 masuk. selepas aku memasukkan branula ke salur darah seorang pesakit untuk dimasukkan drip, masuk seorang ibu bersama anak lelakinya, awal 20-an. eh, makcik ni dah pernah jumpa dah 2 bulan lepas ni kat emergency department hospital. dia datang untuk apa ni. drpd perbncgn dgn pembantu pegawai perubatan, tahulah aku bahawa dia ingin set up medical check up untuk anak lelakinya it yg bakal masuk ke institut kemahiran mara. aku kenal makcik ni, masih ingat peristiwa kat emergency dulu, dia menangis nangis taknak masuk wad sebab katanya xde sape nak jaga anak tunggalnya itu. kini, dia mengiringi anak lelakinya untuk buat medical check up. seingat aku dulu, mak aku biarkan sorang2 je pergi buat medical check up. terkontang kanting aku cari haluan sendri kat klinik masa tu. masa PPP tgh set up appointment tu, tba2 maknya memandang aku dan tiba2 bersuara "nak ambik bahagian ke-ju-ru-te-ra-an au-to-mo-tif" sambil tersenyum lebar.. aku hanya tersenyum melihat senyuman bahagia si ibu. cara dia bgtau aku menampakkan dia sungguh bangga dengan anaknya.
seketika kemudian PPP bertanya kepadanya, "saya set up appointment kamu jam 8pagi esok ye, kat sini". si ibu pun tergelak kecil dan bertanya kepada anaknya, "blh ke pukul 8". si anak mcm serba salah tp x berkata kata apa pun tp tersengih2. aku hanya memerhati memandangkan pesakit seterusnya belum masuk lg. tba2 makcik tu bersuara pada kami "pukul 8 ni x bangun lg ni. sbb malam2 dia pergi gym, balik lewat" . si anak pandang aku, aku pandang dia. dia senyum. adehh. main mata ngan aku pulak budak kecik ni. kau ingat aku heran ke kau pergi gym. aku sbnrnya heran, kau ni bangun semayang subuh x???... hmm, bangun kot, tdo balik.. aiseh, bahaya mung ni dik.. semoga kita sama2 baiki diri ye dik..

yang aku nak ulas kat sini ialah, sama2 kita muhasabah beberpa perkara di bawah
1. betapa bangganya seorang ibu apabila anaknya blh sambung belajar. walaupun setahu aku kejuruteraan automotif, kalo sijil tu mcm pomen kereta la. kalo diploma or ijazah lain cerita. bukan niat nk pndg rendah x, tp nak katanya mak ayah kita sgt bgga ngan kita no matter what. kalo blh nak kecoh satu kampung. tp apa yg kita buat kat universiti?? layan awek?? belanja awek??? sama2 kita muhasabah..
2. ibu bapa hari ni mementingkan martabat dunia. xpe habit pergi gym lewat malam sampai balik lewat, tdo lepas subuh. bangga anak blh smbg belajar tp bagaimana dgn akhiratnya? sama2 kita muhsabah..
3. apasal budak kecik tu pandang aku mcm tu? dia ingat semua perempuan bodoh ke.. hanya perempuan bodoh je rasa lelaki yg ikut intensive training kat gym tu (tp peribadi muslim xde) cool. aku x heran lelaki mcm ni. walaupun kau baru 18/19/20 tahun, dan body kau mmg mcm model, aku x heran...
4. adehh, aku x manja mcm tu, sbb anak tunggal kot. xpela, dah dewasa nanti jaga mak kamu mcm mak kamu jaga kamu ye..

No comments:

Post a Comment