Wednesday, November 16, 2011

tanda2 telah mendapat cinta ALLAH

Antara Tanda-Tanda Telah Mencintai ALLAH

1. Solat bukan lagi semata-mata kerana perkara fardhu yang wajib tetapi adalah perkara yang dinanti-nanti dan dirindu pada setiap saat seperti seorang kekasih yang rindu untuk bertemu kekasihnya
2. Zikir bukan lagi semata-mata kerana sunnah yang dituntut melainkan kerana perasaan asyik dan tenang jiwa bila menyebut nama ALLAH yang Maha Agung seperti seronok dan asyiknya seorang kekasih menyebut nama kekasihnya
3. Nama ALLAH sentiasa disebut-sebut di dalam hati, fikiran dan sanubari sehingga terbawa-bawa dalam tidur juga menyebut namaNYA seperti seorang kekasih yang selalu bermimpi dan mengigaukan kekasihnya sewaktu beradu
4. Melakukan ibadat & ketaatan bukan lagi kerana ingin mendapat balasan pahala atau kerana takutkan azab neraka, tetapi kerana rasa tanggungjawab dan kecintaan yang mendalam dan merasa sangat bersalah apabila terlalai dari melakukan ketaatan yang telah sebati dilakukan selama beberapa waktu seperti seorang kekasih yang sanggup melakukan apa saja yang disukai kekasihnya dan membenci apa saja yang dibenci kekasihnya semata-mata kerana perkara itu disukai atau dibenci kekasihnya
5. bila hanya kepada ALLAH tempat bergantung dan tempat pengaduan segala perkara
6. bila tidak lagi mendengar panggilan dan kata-kata orang sekelilingmu kerana asyiknya memuji dan memuja ALLAH seperti asyiknya seorang yang sedang mabuk bercinta dengan kekasihnya
7. bila celaan & hinaan orang dengan mengatakan gila, sakit, atau tidak siuman hanya kerana kita terlalu rindu dan sentiasa mengingat dan memuja kebesaran dan nikmat ALLAH seperti halnya seorang kekasih yang gila bayang dan kelihatan suka menyendiri kerana mengingat dan memuja kekasih hatinya.

No comments:

Post a Comment