Monday, December 12, 2011

DALAM SUJUDKU…. (nukilan : miftahul jannah )



dalam sujudku,
aku memohon ampun kepadaNYA,
atas khilafku,atas lemahnya aku,
kenapa diri ini seolah olah begitu degil,
untuk menerima hakikat bhawa aku mampu sbnrnya,
mungkin kah kerana jasad menzahirkan bahwa aku tidak mampu,
atau kerana aku sebenarnya masih trauma dengan ujian yg menimpaku..

Dalam sujudku,
aku memeberitahu DIA,
kau tahu ya ALLAH, kau dengar ya ALLAH,
malah Kau tahu apa yg aku lalui,
tapi mengapa ya ALLAH,
aku masih rasa lemah meskipun aku tahu,
KAU tidak pernah meninggalkan ku..
Dalam sujudku,
aku menangis,
aku tahu KAU rindu akan tangisanku,
kerana itu KAU berikan aku ujian seberat ini,
yang kurasakan tidak mampu lagi kupikul,
aku merintih kepadaMU,
YA ALLAH, KAU yang menciptakanku,
KAU yang mengetahui setiap inci perkara mengenaiku,
KAU lebih kenali aku lebih drpd aku mengenali diriku sendri,
namun kenapa aku merasakan seperti KAU juga seperti mereka..
yang seperti semberono memilihku untuk sesuatu yg aku tdk mampu ya ALLAH
ya ALLAH, aku tahu KAU tidak pernah silap,
tapi hatiku terlalu degil ya ALLAH untuk menerima perlantikanku..
KAU lebih tahu ya ALLAH apa yang bermain di gejolak hatiku..
Maka ya ALLAH, perkenanlah doaku..
aku mohon ruang untuk aku kembali mendekatiMU dengan cara yang kutahu tenang pd diriku…
aku rindu padaMU ya ALLAH…
beri aku ruang ya ALLAH….
perkenankanlah permintaanku…..

No comments:

Post a Comment