Wednesday, October 26, 2011

buah hatiku pendamai emosiku...



walaupun takde anak sendri, n taktau la bila ada peluang ada anak sendri (terpaksa consider kemampuan n rezeki dari ALLAH juga kan..) , aku cukup terhibur dengan telatah sepupu2 kecikku... mereka kat atas ni.. namanya muqri dan muchlis... muqri is along n muchlis is adik..

masa gambar ni diambil, aku beru lepas hujan lebat (crying) sebab stress dengan kerja yg melambak n semua nak jatuh atas kepala aku... malas nak cerita panjang, cerita pun x guna juga kan, diam lebih baik. suka hati la orang nak fikir apa..

petang tu aku stress, aku terus keluar dr dewan kuliah, aku nangis meracau racau hehe.. astaghfirullah.. lastly aku capai kunci kereta, angkut baju2 semua masuk kereta n aku cadang memang terus nak balik rumah yg jaraknya 100km juga kot. tp ALLAH direct me to my uncle's house in seksyen 25 shah alam, aku masa tu mmg x sempat dah nak beli buah tangan untuk mereka, terus je direct p umah diorang. sampai je depan pagar, dengar suara bebudak tu

"ma, kak ji ma . kak ji" sambil melonjak2 kegembiraan.
adiknya yang lebih cool hanya berbunyi "aji, aji" mengajuk perkataan abangnya sambil ekspresinya macam terpinga pinga. haha. maklumlah.. budak baru belajar.. si adik masa tu hanya pakai pampers. masuk je umah, si adik hulur baju sepasangnya minta dipakaikan. si along pula baru je nak pakai baju. alih2 aku kena buka balik jersey dia tu sebab pakai terbalik!!

masa tu aku layan bebudak tu je kejenya.. mmg aku lupa terus semua masalah aku. bahagia ya ALLAH.. terima kasih ya ALLAH. kalau aku balik ke rumah aku, aku taktau apa jadi. boleh jadi aku buat perkara di luar batasan.. nauzubillah.. sebab hakikatnya aku jarang menangis krn masalah. kalau aku menangis time aku mengadu pada YANG ESA , sbb masa tu aku ada privacy untuk menangis sepuasnya. sebenarnya zohor sebelum tu aku dah menangis bagai nak rak masa solat sunat ba'diah.. aku tau pelbagai masalah dalam kerja pengurusan yg menekan aku skrg. aku berdoa pd ALLAH agar lindungi aku, agar bimbing aku...tp x sgka petang tu jugak ALLAH uji shgga begitu klimaks sehingga aku terpaksa keluar dr majlis.

aku ajak my isteri pakcik n both her sons jalan2. lastly, ngan ayah dia sekali nak ikut. moh ler kite.... kita nak p mana ni? jom jalan2... si along pun menyambung, CARI MAKAN. yes!! pakcik belanja ok? pakcik pun ok je. dah la kena buli kena drive, pakcik aku nak duk belakang ngan si adik. mengada betull.. lastly maghrb tu kami makan kat burger king. hehe. pakcik belanja xpe. lepas hnntr diorang n solat mghrb, hatiku cenderung untuk kembali ke tempat tersebut. ditambah lagi dipujuk rakan2ku yg masih di sana. aku pun balik ke tempat td.. aish.. mata bengkak ni, muka sembap, memang selekeh betul keadaanku masa tu .. naik2 je ke dewan, guess what i found at the front door???? ALLAHu... jangan la dia nampak keadaanku.. tolongla jangan pandang...... ALLAH.... apala nasib aku... sudah jatuh bukan setakat ditimpa tangga, hmm

No comments:

Post a Comment