Thursday, October 27, 2011

menjadi isteri kepada seorang pejuang agama ALLAH



bismillah.. sesungguhnya aku x layak menulis coretan/artikel ini. namun ku gagahkan juga semangat di hati agar artikel ini boleh mengingatkan ku di kala aku lemah kelak..

pertama sekalinya, sungguh aku merasa tdk layak menerima / mengkhitbahkan diri dengan seorang yang di hatinya mendaulatkan kecintaan pada perjuangan agama ALLAH. sungguh aku tdk layak. aku tdk sehebat itu untuk berpasangan kan muslim sehebat itu. di hatiku masih banyak yang perlu dibetulkan. di hatiku masih banyak yang perlu ditarbyahkan..

jujurnya, perempuan mana yang tidak mahupun lelaki yang baik untuk menjadi imam kepada bahtera rumah tangganya. perempuan mana yang tdk mahupun lelaki soleh untuk menjadi ayah kepada anak2nya yang bersih.. semua orang mahupun yang baik2. begitulah juga aku.. walaupun aku ini tidak layak dengan orang baik2. aku biasa sahaja orangnya. typical umat akhir zaman yang berusaha sedaya upaya untuk survive dalam dunia akhir zaman yang penuh cabaran ini.

namun takdir menentukan ALLAH menemukan ku dengan calon suami yang cukup diredhai agamanya. cukup disenangi akhlaknya. dan cukup sejuk di mata keluargaku itu yg penting juga.. tp kini apabila dimuhasabah diriku, terasa dia layak mendapat muslimah yang jauh leboih baik daripada diriku.. jujurnya itula yang aku rasai.. namun, mana mungkin lamaran ditolak pada waktu2 begini, kami tiada masalah melainkan diriku sahaja yang rasa terlalu tidak layak untuk insan yg tegar hatinya pada perjuangan.. bukan aku tidak menyokong perjuangan. malah aku juga sebahagian daripada perjuangan ini, namun dalam perjuangan ini terlalu ramai muslimah2 yg hebat2 membuat aku rasa siapalah aku untuk berdamping dengannya. ya , AKU MASIH SEBAHAGIAN DRPD PERJUANGAN INI. namun aku tdk hebat. tapi jauh di sudt hatiku.. aku perlukan imam sepertinya, yang boleh membawa aku ke syurga. aku sedia dibimbing... cuma aku merasa tidak layak untuknya...

kerana rasa rendah diri inilah aku merelakan jika suamiku kelak ingin menikahi muslimah yg jauh lebih baik diriku. boleh jadi muslimah tersebut mampu menjadi pendamping terbaik untuknya berbanding diriku..

menjadi isteri kepada seorang pejuang islam, jangan diimpi dapat bermanja, krn suamimu belum tentu ada masa untukmu dan anak2...
menjadi isteri kepada seorang pejuang, jangan diimpi dapat hidup senang, boleh jadi simpananmu juga terpaksa dihabiskan untuk menyokong perjuangan....
menjadi isteri kepada seorang pejuang, jgn diharap tangisan mu di kala kesusahan ada yg memujuk, krn banyak lg perkara yg lebih besar untuk diuruskan berbanding melayani emosimu...
menjadi isteri kepada seorang pejuang, pelindungmu belum tentu adalah suami mu, tiada bezanya, pelindungmu tetap adalah ALLAH azza wa jalla..

jika kamu bakal isteri kepada syabab yg meletakkan kecintaannya kepada ALLAH dan rasul, bersedialah... bersedialah untuk ditarbyah zahir dan batinmu dengan mehnah perjuangan... moga ALLAH kuatkan hatiku...


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquillity with them, and He has put love and mercy between your (hearts): verily in that are Signs for those who reflect.

ARRUM AYAT 21

No comments:

Post a Comment